Saturday 23 January 2016

BERIMAN BERJUANG BERTAQWA

ASSALAMUALAIKUM,

       Dengan ini saya A Halim Bin Rahmat selaku pengetua kepada sekolah Madrasah Tahfiz Al-Akbar Kampung Panti, Kota Tinggi Johor Darul Takzim. ingin memaklum kan bahawa blog ini di wujudkan untuk pengetahuan tentang serba sedikit latar belakang berkenaan Madrasah Tahfiz Al-Akbar..

        Madrasah ini dikenali dengan nama MADRASAH TAHFIZ AL-AKBAR, yang bertempat di Kampung Panti Kota Tinggi, Johor. Terdapat juga beberapa tujuan dan matlamat Madrasah Tahfiz Al-Akbar ini di buka seperti berikut :
  1. Meningkat kat pengetahuan Al-Quran dengan mengadakan pelbagai aktiviti- aktiviti seperti kelas Al-Quran, seminar Tahfiz, ceramah-ceramah dan bengkel-bengkel berkaitan dengan Al-Quran dan Tahfiz
  2. Mentadbir dan mengurus segala aktiviti-aktiviti Madrasah, ahli-ahli dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar Tahfiz Al-Quran.
  3. Menarik minat masyarakat supaya menyumbang kearah pembangunan kerohanian umat islam.
  4. Mewujudkan ahli-ahli dan masyarakat sekitarnya dalam kecemerlangan Al-Quran serta melahirkan ahli-ahli, masyarakat yang serba boleh dan berketerampilan yang tinggi.
  5. Mengutip derma dan sumbangan wang daripada orang awam bagi menjalankan tujuan-tujuan Madrasah dengan syarat mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa tertentu terlebih dahulu.
  6. Memberi derma atau sumbangan kepada mereka yang memerlukannya.
  7. Menjaga kebajikan ahli-ahli dan juga pelajar-pelajar Tahfiz.







No comments:

Post a Comment